Kertas Kerja Panitia Agama Islam
سكوله منغه اوكام الاحسان SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN Pondok Lama , 17500 Tanah Merah PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA PENGKALAN CHEPA ANJURAN : PANITIA PEND. AGAMA ISLAM DENGAN KERJASAMA : BADAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN PELAJAR TARIKH : 24 JULAI 2010 TEMPAT : PENGKALAN CHEPA , KOTA BHARU 1.0. Tujuan . Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua En. Syaharudin b. Salleh . Kertas kerja ini juga bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari pihak persatuan kepada bendahari sekolah Pn. Abidah bt Che Ali bagi menjayakan program lawatan sambil belajar anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Kepimpinan Sekolah bagi sesi 2010 . 2.0. Latar belakang . Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Menengah Agama Arab Al-Ihsan dengan kerja ...
