Kertas Kerja Panitia Agama Islam

سكوله منغه اوكام الاحسان 

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN Pondok Lama , 17500 Tanah Merah PROGRAM : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA PENGKALAN CHEPA 

 ANJURAN : PANITIA PEND. AGAMA ISLAM DENGAN KERJASAMA : BADAN DAKWAH DAN KEPIMPINAN PELAJAR 

 TARIKH : 24 JULAI 2010 

 TEMPAT : PENGKALAN CHEPA , KOTA BHARU


1.0. Tujuan . 

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua En. Syaharudin b. Salleh . Kertas kerja ini juga bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari pihak persatuan kepada bendahari sekolah Pn. Abidah bt Che Ali bagi menjayakan program lawatan sambil belajar anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Badan Dakwah dan Kepimpinan Sekolah bagi sesi 2010 . 


 2.0. Latar belakang . 

Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam Sekolah Menengah Agama Arab Al-Ihsan dengan kerja sama Badan Dakwah dan Kepimpinan sekolah . Program ini telah disertai oleh para pelajar yang menjadi ahli persatuan tersebut . Aktiviti ini adalah aktiviti tahunan Persatuan Agama Islam .Aktiviti ini dilaksanakan bagi melatih para pelajar berdisiplin dan menimba ilmu pengetahuan dengan melakukan penerokaan kendiri . Ianya merupakan pembelajaran tidak langsung di luar bilik darjah . Panitia Pendidikan Agama Islam memilih penjara Pengkalan Chepa sebagai destinasi lawatan sambil belajar . Antara lain tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneliti tentang kepentingan moral dalam hidup seseorang individu . Pembentukan sahsiah yang unggul adalah merupakan satu disiplin dalam kehidupan pelajar . 


 2.0.1. Rasional . 

Pendidikan Islam adalah satu subjek yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan keperibadian pelajar . Oleh itu menjadi tanggung jawab Panitia merancang aktiviti yang bersesuaian dengan pembentukan sahsiah pelajar . Diharapkan dengan perancangan yang dilakukan dapat mencapai objektif yang telah dirancang . Tambahan pula , lawatan ke penjara dapat membuka minda bagi mendalami tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral . Disamping dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang tingginya komitmen dan aspirasi Negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas dari gejala sosial . Tambahan kini masalah sosial adalah satu masalah yang amat kritikal berlaku dalam masyarakat kita hari ini . Jika pihak sekolah dan pihak berwajib tidak mengambil inisiatif untuk membendungkan keruntuhan moral di kalangan pelajar ianya akan terus menerus berlaku dan akan memberi kesan kepada pembangunan Negara . 


 3.0. Matlamat Umum. 

1). Memberi peluang kepada pelajar meminba ilmu secara tidak formal. 

2). Membina keseimbangan intelek , jasmani , emosi dan rohani semasa lawatan . 

3). Membentuk jati diri dalam diri pelajar . 

4). Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar membentuk kepimpinan melalui aktiviti yang dirancang. 


 4.0. Objektif . 

Lawatan yang dirancang mempunyai objektif yang tersendiri . Antara objektif yang hendak dicapai sepertimana berikut : 

1). Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga penjara sepanjang mereka berada dalam tahanan . 

2). Memberi kesedaran kepada tentang pentingnya keperibadian mulia dalam diri setiap individu. 

3). Memberi peluang kepada untuk memusabah diri sendiri untuk menjadi insan yang berguna dan boleh memberi sumbangan dan bakti kepada ibu bapa , agama , bangsa dan Negara. 

4). Membina dan mendidik akhlak pelajar melalui aktiviti selaras dengan tuntutan agama . 

5). Mewujudkan keinsafan dalam diri pelajar untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia lagi terpuji .


 5.0. Tema 

“ Keperibadian unggul teras kepimpinan masa depan” 


 6.0. Perlaksanaan. 

Tarikh : 24 Julai 2010 . Hari : Sabtu Tempat : Penjara Pengkalan Chepa , Kota Bharu , Kelantan . 


 7.0. Penganjur . 

Panitia Pendidikan Agama Islam Sekola Menengah Agama Arab Al-Ihsan dengan kerjasama Badan Dakwah dan Kepimpinan Sekolah . 


 8.0. Penyertaan . 

Seramai 40 orang pelajar yang menyertai lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa / penjaga . Pelajarnya terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan tingkatan satu hingga tingkatan lima . ( Rujuk Lampiran 1 ). 


 9.0. Guru pengiring .

 Terdiri daripada 3 orang guru perempuan dan 3 orang guru lelaki . 

9.1. Senarai nama guru pengiring.

> >
Bil. Nama No.K/PNo. Tel
1 Mohd Fakhrurazi b. Saudi641217-03-5431017-9806541
2Mohd Darulhisham b. Kamaludin730411-11-3455013-7656535
3Mohd Bakri b. Mohd Zin661010-12-5457013-7606567
4Tuan Hasliza bt. Tuan Soh831116-21-5044011-9542341
4Norhafizah bt. Che Hassan841126-04-5344017-9552444
4Rumayati bt. Yahya710612-21-5453013-9543456


10.0. Format. 

a) Sebelum Lawatan . 
i). Mengadakan mesyuarat penubuhan ahli jawatankuasa pelaksana berbincang mengenai lawatan yang akan diadakan. 
ii). Menyediakan kertas kerja cadangan untuk diajukan kepada pengetua, bendahari sekolah ,Yayasan Islam Kelantan dan tempat cadangan lawatan . 
iii). Membuat surat kebenaran ke tempat lawatan , YIK , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kebenaran ibu bapa/ penjaga . 

b) Semasa lawatan , memastikan keselamatan pelajar , dokumen –dokumen penting seperti kebenaran ibu bapa / penjaga dan permit bas. 

c). Selepas lawatan , guru perlu menyediakan laporan lengkap lawatan yang telah dianjurkan. 


 11.0. Tentatif Program

 Masa & Aktiviti 
7.30 pagi -Berkumpul di dataran sekolah 
 8.00 pagi -Taklimat kepada para peserta 
 8.30 pagi -Bersedia untuk bertolak ke penjara Pengkalan Chepa 
 10.00 pagi -Tiba di penjara Diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang bertugas 
 10.30 pagi -Menonton tayangan vedio perit jerih kehidupan seorang warga penjara. 
11.00 pagi -Rehat 
 11.20 pagi -Melawat sekitar penjara
 1.00 tengahari -Makan tengahari dan solat zohor di masjid Pengkalan Chepa 
2.00 petang -Slot Motivasi oleh warga penjara 
3.30 petang -Penyampaian cenderahati.
 3.45 petang -Bertolak balik ke Tanah Merah. 
 5.30 petang -Tiba di perkarangan sekolah Al-Ihsan 


 12.0. Pendapatan dan perbelanjaan . 

12.1 . Pendapatan. 
Bil Perkara Jumlah 1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 500.00 2 Kutipan Yuran RM 20 X 40 orang RM 800.00 3 Tabung Persatuan RM 300.00 Jumlah RM 1,600.00 

 12.2. Perbelanjaan. Bil Butiran Perbelanjaan Kuantiti Harga 1 Bayaran Pengangkutan 1 ( bas ) RM 500.00 2 Makanan RM 12 X 40 orang 40 RM 480.00 3 Cenderahati RM 50 X 2 orang 2 RM 100.00 4 Topi dan T. Shirt RM 40 X 45 90 RM 369.00 5 Rencam RM 100.00 Jumlah RM 1,549.00 


 13.0. Ahli Jawatankuasa Pelaksana . 

Pengerusi : En. Syaharudin b. Salleh ( Pengetua ) 
Naib Pengerusi : Pn . Che Saniah bt. Zakaria 
Guru Penasihat : En . Mohd Darulhisham b. Kamaludin .
 Setiausaha : Pn . Wan Kasmani bt Wan Hamat . 
Bendahari : Pn . Abidah bt. Che Ali 
 AJK 
1) Kuiz : Pn Tuan Hasliza bt. Tuan Soh 
2) Makanan : Pn Rumayati bt Yahya . 
3) Keselamatan : En Fakhrurazi b. Saudi . 
4) Fotografi : En . Mohd Bakri b. Mohd Zin. 
5) Disiplin : En Mohd Darul Hisham b. Kamaludin. 

 AJK Ting. Satu : Badrul Hisyam b. Zulkifli 
AJK Ting Dua : Mohd Zainur Arifin B. Zakaria 
AJK Ting Tiga : Mohd Faiz b. Hanusi. 
AJK Ting. Empat : Nadia Nabila bt Ismail. 
AJK Ting. Lima : Syakirah bt. Mohd Anuar. 


 14.0. Penutup. 

Semoga lawatan yang akan diadakan nanti dapat membuka minda pelajar dan dapat menimba ilmu pengetahuan bak kata pepatah “Jauh berjalan luas pemandangan ”. Disamping memberi peluang kepada pelajar melihat lebih dekat corak dan suasana hidup insan yang kurang bernasib baik . Selain itu , segala ilmu yang diperolehi dan dipelajari menerusi aktiviti lawatan ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian demi melahirkan modal insan yang cemerlang , gemilang dan terbilang . Pembentukkan sahsiah sangat dalam kehidupan seorang individu lebih – lebih lagi kehidupan seorang pelajar muslim . Keperibadian mereka menjadi tunggak kepada kepimpinan pada masa akan datang . Kami sebagai pihak yang menganjurkan lawatan ini mengucapkan berbanyak –banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan pihak-pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini . 


 15.0. Sokongan penyelaras Kokurikulum SMU (A) Al-Ihsan. 

Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong Program Lawatan Sambil Belajar anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerja sama Badan Dakwah dan Kepimpinan Sekolah pada 24 Julai 2010 ke Penjara Pengkalan Chepa , Kota Bharu , Kelantan . Ulasan : ------------------------------------------------------------------------------------------------------ ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------- ---------------------------------- 

Tandatangan Penyelaras Kokurikulum Nama dan Cop Jawatan SMU ( A ) Al-Ihsan. Tarikh : ----------------------------- 


 16.0. Sokongan Penolong Kanan HEM

Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong program Lawatan Sambil Belajar anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerja sama Badan Dakwah dan Kepimpinan Sekolah pada 24 Julai 2010 ( Sabtu ) di Penjara Pengkalan Chepa , Kota Bharu , Kelantan . Ulasan : ------------------------------------------------------------------------------------------------------ ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------- --------------------------------- 

Tandatangan Penolong Kanan HEM Nama dan Cop Jawatan SMU ( A ) Al- Ihsan Tarikh : ----------------------------------- 


 17.0. Kelulusan Pengetua . Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan kertas kerja Lawatan Sambil Belajar anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerja sama Badan Dakwah dan Kepimpinan Pelajar pada 24 Julai 2010 di Penjara Pengkalan Chepa Kota Bharu , Kelantan sepertimana peruntukkan yang dipohon . 



 Ulasan : ------------------------------------------------------------------------------------------------------ ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------- ----------------------------------- 


Tandatangan pengetua Nama dan cop jawatan SMU ( A ) Al- Ihsan Tarikh : -------------------------------

Comments

Popular Posts

Jenis Ujian dan Penilaian

PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.

Ulasan Jurnal PEMIMPIN PENGAJAR YANG BERKESAN

Ulasan Jurnal 3 (PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM)