Ulasan Jurnal 1 (PEMIMPIN PENGAJAR YANG BERKESAN/PENDEKATAN SISTEM MENTOR DALAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH)
( Tanggapan guru bagaimanakah pengetua dapat membantu dalam meningkatan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah )
1 ) Kupasan Jurnal .
Tajuk jurnal ini telah diketengahkan oleh dua orang penulis iaitu Joseph Blasé dan Jo Blasé dari Unversiti Georgia , Athen , Georgia , Amerika Syarikat . Kajian ini berdasarkan kepada keberkesanan kepimpinan dari perspektif guru . Penulis ingin melihat bagaimanakah pegetua dapat memberikan peningkatan tahap pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah di bawah pentadbirannya .
Penurunan kuasa yang diberikan kepada guru mendorong kepada perubahan trend kepimpinan burukstatik kepada professional . Guru telah mempraktikkan pengajaran kolaboratif termasuklah melatih, refleksi, penyelidikan data , kajian kaedah penyelesaian masalah dan sebagainya . Guru bukan sahaja menekankan aspek akademik tetapi aspek moral ( nilai murni ) dalam pengajaran kepada para pelajar mereka .
Mengikut pengkaji bahan tulisan ilmiah berkaitan “ Instructional Leadership ” terdiri dari empat bahagian asas iaitu prescriptive model yang menghuraikan arahan kepimpinan sebagai dorongan kepada guru , pembinaan kumpulan , pembentukan kakitangan , pembentukan kurikulum dan kajian tindakan . Kedua , arahan kepimpinan memberi kesan tidak langsung kepada guru mengenai hubungan guru- pengetua . Ketiga , sikap pengetua terhadap guru dan kesannya kepada pengajaran dalam bilik darjah seperti komintmen guru , sikap inovatif dan keterlibatan guru. Keempat ,” Instructional Leadership” memberi kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap pencapaian pelajar.
Mengikut Joseph Blasé dan Jo Blasé walaupun kajian telah dibuat mengenai hubungan arahan kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar namun ia masih lagi kabur dan tidak dikaji secara terperinci .
Method kajian yang digunakan oleh penulis ialah “ open – ending questionare “ . Responden terdiri dari 809 orang guru yang sedang mengikuti latihan di Universiti Amerika Syarikat . Responden terdiri dari pelbagai jantina, tempat mengajar yang berlainan sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah .
Kajian mendapati bahawa Interaksi guru - pengetua yang berkesan mengenai pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan sekirannya ada kerjasama dari semua pihak terutamanya kesedaran dan sikap positif yang ditunjukkan oleh pengetua .
Dapatan hasil kajian , penulis telah merumuskan bahawa peminpin pengajar yang berkesan mengambil dua pendekatan utama dalam berurusan dengan guru . Pendekatan tersebut ialah pertama , membincang untuk mencetuskan refleksi dan keduanya , meningkatkan pengembangan profesyen . Terdapat lima kategori utama yang digariskan dalam “ berbincang untuk mencetuskan refleksi “ iaitu menyatakan pendapat dan memberi tindak balas , pengetua sebagai model , soal selidik , meminta pendapat dan member pujian .
Pengetua menggunakan enam strategi bagi meningkatkan pengembangan profesyen iaitu :
1) memantau proses pengajaran dan pembelajaran .
2) menyokong usaha bersama dikalangan pendidik .
3) membina hubungan kejurulatihan dikalangan guru-guru .
4) menggalakkan dan menyokong penambahbaikan reka bentuk program .
5) menggunakan prinsip pembelajaran dimensi , pencambahan dan perkembangan pembangunan staf .
6) melaksanakan kajian tindakan sebelum membuat keputusan .
Kesimpulannya , pengkaji merumuskan bahawa strategi yang digunakan oleh peminpin pengajar memberi kesan yang mendalam kepada guru dalam emosi , tingkahlaku dan kognitif .
2 ) Pandangan .
Kajian keatas “ instructional leadership “ perlu dibuat dengan lebih terperinci lagi bagi mengetahui apakah cirri - ciri peminpin pengajar yang berkesan khususnya kepada para pendidik dan apakah kesannya kepada para guru serta kesannya kepada proses pembelajaran dan pengajaran di sesebuah sekolah.
2.1 ) Sebagaimana yang kita ketahui peminpin pengajar di sekolah ialah pengetua . Peminpin pengajar yang berkesan berupaya mengembleng warga sekolah kearah pencapaian kejayaan akademik , sahsiah dan keperibadian seseorang pelajar atau guru .
2.2 ) Peminpin pengajaran bermaksud peminpin yang sentiasa bertindak kearah mewujudkan persekitaran kerja yang produktif dan memuaskan guru , dan sentiasa berusaha memperkembangkan pembelajaran murid .
2.3 ) Bagi tujuan itu, peminpin pengajar berkesan atau pengetua hendaklah membuat pemantuan yang bersistematik terhadap pengajaran guru bagi memastikan murid mendapat pelajaran dan merangka program peningkatan akademik untuk kejayaan para pelajar . Peminpin pengajar berkesan juga mestilah menjadi role model di kalangan warga sekolah . Misalnya beliau sendiri yang mengajar murid - murid atau beliau sendiri menjadi pembimbing kepada guru-guru dalam memartabatkan ilmu .
2.4 ) Peminpin pengajar berkesan hendaklah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga sekolah melalui beberapa tindakan beliau seperti mengutip sampah yang terlihat disekelilingnya supaya sekolah sentiasa bersih dan dalam keadaan ceria .
2.5 ) Walau bagaimanapun , tidak ramai di kalangan pentabdir sekolah yang boleh dikategori sebagai peminpin pengajar yang berkesan disebabkan halangan tugas sebagai pentadbir , perbezaan usia antara guru dan rasa keegoan , bersifat individualistik serta materialistik . Halangan – halangan ini menjadi batas kepada pergaulan pengetua dengan guru .
3 ) Kesimpulan .
Pengetua berkesan mempunyai visi yang jelas , iaitu yang memfokuskan pencapaian dan keperluan murid ( Davis dan Thomas , 1989 ) . Disamping itu pengetua juga mewujudkan iklim sekolah yang menyokong pencapaian matlamat yang ditetapkan . Selain itu , pengetua berkesan didapati mempunyai tahap toleransi yang tinggi bersama guru – gurunya dan sering melibatkan guru - guru dalam membuat keputusan serta berkomuniksi dua hala ( Davis dan Thomas, 1989 ) . Mortimore (1995) menyatakan pengetua berkesan lazimnya adalah seorang yang tegas, menumpukan penuh perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , proaktif , bertindak sebagai pemudah cara , sering menghabiskan masa yang lama di sekolah , melibatkan guru-guru dalam mebuat keputusan , bertindak secara professional , iaitu lebih mengutamakan peraturan dan tugas hakiki .
Harapan saya agar kajian ini diteruskan agar semua pengetua sekolah di Malaysia akan mencapai standard kepimpinan yang berkesan . Ini kerana kita telah mengalami perubahan – perubahan terkini dalam bidang pendidikan contohnya wujudnya sekolah wawasan, sekolah kluster , sekolah intergrasi dan seumpamanya . Tambahan pula , institusi pendidikan adalah sebuah organisasi dinamik yang sering berubah disebabkan pelbagai pengaruh globalisasi , teknologi dan ideologi . Kaedah dan proses pengurusan serta idea yang digunakan pada masa lepas , mungkin tidak sesuai lagi dipraktikkan pada masa kini .
Di Malaysia kini mengamalkan konsep “ smart school “ , perubahan teknologi dan penggunaan computer dalam pengurusan dan pembelajaran . Pengetua yang berkesan harus menangani gelombang perubahan yang berlaku kini amat kritikal di Negara kita memandangkan pelajaran telah berkembang menjadi satu industri yang besar dan diiktiraf sebagai agen pembangunan Negara
Jurnal di atas adalah sebuah jurnal penyelidikan yang dituliskan oleh Saudari Tiwi Binti Kamidin dari MPBL.
Jurnal ini bertajuk “ Pendekatan Sistem Mentor Dalam Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah”.
Merupakan jurnal penyelidikan MPBL, jilid 5 dikeluarkan pada tahun 2004 dan diterbitkan dalam sepuluh helai muka surat.
Jurnal ini memuatkan pelbagai jenis tingkah laku bermasalah yang berlaku di kalangan pelajar dan untuk mengatasinya penulis mensyorkan pendekatan sistem mentor. Mengikut pengkaji, pelajar yang sering menimbulkan permasalahan tingkah laku ialah antara usia 14 hingga 17 tahun.
Sistem mentor yang dicadangkan oleh penulis mempunyai matlamat yang amat jelas untuk menghadapi krisis yang dialami oleh pelajar sewaktu mereka berusia pada peringkat awal remaja. Remaja pada peringkat ini menghadapi krisis identiti yang sulit untuk mereka menanganinya. Jesteru itu, penulis mencadangkan sistem mentor- mentee bagi membantu pelajar membentuk peribadi mereka pada ketika ini sekiranya ibu bapa tidak member tumpuan kepada mereka.
2) .Pendahuluan
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan isu yang berkaitan dengan salah laku pelajar contohnya kes buli, sumbang muhram , vandalisme dan sebagainya. Pelbagai cadangan dan andaian dikemukan untuk menangani permasalahan tersebut termasuklah hukuman rotan.
Hukuman ini, pada pandangan penulis adalah tidak releven dilaksanakan pada masa kini memandangkan pelajar sekarang nilai moral sangat tipis. Oleh yang demikian, sistem mentor – mentee diperkenalkan.
Guru bertindak sebagai mentor boleh membantu pelajar membentuk peribadi pelajar daripada menghadapi krisis “identiti”. Melalui kaedah mentor- mentee hubungan pelajar dengan guru akan menjadi lebih akrab.
Walau bagaimanapun, pendekatan konsep ini memerlukan banyak pengorbanan masa oleh guru dalam usaha membina hubungan baik dengan pelajar dalam sistem mentor ini.
3) Kelebihan Jurnal .
Jurnal ini amat menarik dan banyak manfaat ilmu dapat diambil apabila kita membacanya. Di dalam jurnal ini dikupas secara terperinci tentang tingkah laku bermasalah dan punca berlakunya tingkah laku bermasalah berlaku di kalangan pelajar. Antara tingkah laku bermasalah yang diutarakan oleh penulis adalah sebagai mana berikut:
a) Tingkah laku Destruktif/ Merosakkan.
Tingkah laku ini sering berlaku di kalangan pelajar yang berusia 10 tahun hingga 15 tahun. Sikap agresif ini seperti bergaduh, menyakiti orang lain, vandalisme dan sebagainya. Tingkah laku buruk ini berpunca daripada keluarga, masyarakat ataupun media elektronik.
b). Tingkah laku Desruptif/ Menggangu.
Tingkah laku ini berlaku di dalam kelas , di luar bilik darjah, di rumah ataupun bila bersama rakan sebaya. Jenis tingkah laku ini termasuklah terlalu bising, tolak-menolak, pergerakan melampau dan sebagainya. Kebiasaannya tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki yang berusia 10 hingga 11 tahun. Sikap desruptif berpunca daripada emosi yang tidak terkawal, dendam, tidak puas hati dan sebagainya.
Comments