PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.
SINOPSIS JURNAL.
Penulis ialah Nik Rosila Bt Nik Yaacob dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan , Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Tajuk kajian ialah Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam.
Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan Jawi di kalangan pelajar Tingkatan dua dan tingkatan empat serta hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan minat pelajar.
Format kajian ialah Kaedah Penyelidikan “ survey” untuk mengumpul data.
Respoden terdiri daripada 400 orang pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat di dua buah sekolah di Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Metodologi kajian yang digunakan ialah ;
i) .Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran mengeja dan menulis Jawi, kemahiran menjawab soalan aneka pilihan, kemahiran menulis esei dan kemahiran menulis ayat al-Quran.
ii) Soal selidik yang merangkumi latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar belajar Pendidikan Islam dan cara guru mengajar Pendidikan Islam.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasa pelajar Tingkatan Dua dan Empat dalam kemahiran Jawi masih berada di tahap lemah. Kajian juga mendapati pelajar lemah untuk menguasai penulisan Jawi. Selain itu, kajian menunjukkan kebolehan pelajar memilih jawapan aneka pilihan berada pada tahap sederhana. Pelajar juga kurang mahir menjawab soalan yang memerlukan pemahaman daripada ayat-ayat al-Quran
.
TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.
1.0) Pendahuluan
Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan Pendidikan Islam merupakan satu subjek yang diajar di sekolah – sekolah di Malaysia bermula di tingkatan satu sehingga tingkatan lima . Kebanyakan buku teks Pendidikan Islam ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan jawi adalah hasil daripada pengubah suaian dan penambahan huruf – huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran .
Buku – buku teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hasan 1980, Abdullah Jusuh, 1999) . Persoalan kini , ramai di kalangan pelajar tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik. Akibatnya pelajar tidak boleh mencapai keputusan yang baik bagi subjek Pendidikan Islam .
Sehubungan itu, para cendikiawan telah membuat kajian bagi mengenal pasti apakah permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar yang menyebabkan peratus pencapaian mereka agak merosot , di manakah kelemahan para pelajar dalam memguasai tulisan Jawi yang menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam .
Masyarakat umum telah mengetahui secara jelas bahawa tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah - sekolah di Malaysia . Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam . Hasrat ini berkemungkinan besar tidak akan tercapai seandainya para pelajar tidak boleh menguasai jawi dengan baik .
Oleh itu , kajian tindakan dilaksanakan untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dan kepekaan mereka terhadap kemahiran menulis dan membaca yang memberi kesan ke atas pencapaian mereka dalam subjek Pendidikan Islam .
2.0) Penguasaan Jawi dikalangan pelajar Tingkatan 2 dan 4.
Apabila kajian dijalankan didapati bahawa ramai di kalangan pelajar masih tidak boleh membaca jawi dengan lancar dan baik . Ada juga segelintir pelajar buta huruf untuk membaca tulisan jawi. Menurut Ahmad Murad Muhidin, terdapat ramai di kalangan sekolah agama yang tidak mahir dan kekok dalam penggunaan tulisan jawi, ejaan dan bacaan jawi ( Berita Harian , 27 Febuari 2006 : C6 ) . Keadaan ini meyulitkan pelajar mempelajari mata pelajaran yang menggunakan tulisan jawi sepenuhnya seperti penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam. Hal ini boleh menyebabkan pelajar tidak boleh menguasai isi pelajaran dengan sebaiknya sebagaimana yang diharapkan oleh guru . Oleh itu, pencapaian pelajar bagi Pendidikan Islam merosot. Antara kelemahan yang dikenal pasti oleh penulis adalah sepertimana berikut :
2.1 ) Pelajar gagal menyambung huruf- huruf jawi mudah yang diberikan.
Kemahiran menyambung huruf-huruf jawi ini sepatutnya dikuasai pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi.
2.2) Kebanyakan pelajar kurang berkemahiran menukarkan perkataan daripada huruf rumi kepada huruf jawi . Contohnya huruf “s” kepada “shad” untuk perkataan solat . Perkataan solat dipinjam daripada Bahasa Arab .
2.3) Pelajar tidak boleh mengeja dengan betul dan tidak dapat membezakan huruf yang mempunyai makhraj yang sama seperti “shad” dengan “sim”, Qaf dengan “Kaf” dan “Tho” dengan “Ta” . Ini kerana pelajar kurang cekap mengeja perkataan arab yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Kecekapan membezakan perkataan Jawi – Arab adalah kemahiran asas yang sepatutnya dikembangkan pada peringkat sekolah rendah lagi.
3.0 ) Hubungan antara Penguasaan Jawi dengan minat Pelajar Terhadap Pendidikan Islam.
Setelah dibuat kajian tindakan ke atas para pelajar mengenai aspek kelemahan pelajar menguasai tulisan jawi , penulis mendapati beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak meminati Pendidikan Islam . Pertama ialah sikap negatif pelajar di mana pelajar beranggapan bahawa tulisan Jawi amat susah dipelajari , tidak penting dan tidak dinilai di dalam peperiksaan . Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ( Sulaiman Ngah Ghazali , 1990, Azman Wan Chik , 1986 ) . Kebanyakan pelajar juga kurang berkeyakinan menggunakan tulisan Jawi disebabkan mereka kurang menguasai suku kata terbuka dan mereka juga tidak dapat membina perkataan untuk suku kata tersebut .
Kedua , pelajar kurang minat mata pelajaran jawi . Pelajar selalu melakukan kerja lain semasa guru sedang mengajar Pendidikan Islam . Perkara ini mungkin disebabkan oleh kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar sama ada mereka lemah , sederhana atau baik dalam Jawi .
Ketiga , Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah menengah. Perisytiharan ini merupakan satu kecaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan pelajar Melayu Islam . Sikap sedemikian seolah - olah tulisan tidak pernah berjasa di dalam Negara kita . ( Harakahdaily , 5 Julai : 2007 ).
4.0) Hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang rapat antara penguasaan Jawi dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Dalam kemahiran mengeja Jawi , contohnya pelajar mencapai peratusan gagal yang tertinggi disebabkan pelajar tidak boleh mengeja Jawi. Sementara dalam kemahiran menjawab soalan aneka pilihan, penulis mendapati semakin lemah pelajar dalam mengeja menyebabkan semakin merosot pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam. Selain itu, dalam kemahiran menjawab soalan esei didapati pelajar Tingkatan 2 dan 4 berada pada tahap baik dalam kemahiran menulis esei . Manakala dalam kemahiran menulis ayat-ayat Al-Quran, walaupun pelajar cemerlang dapat menjawab soalan esei tetapi masih lemah dalam kemahiran menulis ayat-ayat al-Quran. Walau apa pun, jika pelajar tidak boleh menguasai Jawi dengan baik ia akan member kesan ke atas pencapaian mereka.
5.0 ) Langkah-langkah mengatasi kelemahan penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi.
Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak dilakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama seperti mata pelajaran agama yang lain seperti ilmu Tajwid , akidah, sirah dan sebagainya yang menjadi subjek yang diajar di sekolah rendah , kemudian diabaikan di peringkat sekolah menengah . Akhirnya ilmu tersebut hanya dikuasai oleh golongan agama sahaja . Dan jika langkah tidak diambil para pelajar akan menghadapi masalah kemerosotan pencapaian dalam akademik mereka . Antara langkah yang disyorkan adalah sebagaimana berikut :
a) . Menggunakan kedua bahasa Jawi-Rumi.
Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan kedua-dua bahasa iaitu Tulisan Jawi dan Rumi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua pelajar dapat memahami Pendididkan Islam yang diajar oleh guru di sekolah.
b) . Mempelbagaikan kaedah pengajaran Pendidkan Islam.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran mestilah dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai latar belakang dan minat serta keupayaan yang berbeza dalam penguasaan jawi. Sehubungan itu , guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar . Contohnya , guru boleh mengadakan program nyanyian suku kata dengan menggunakan kaset ataupun menggunakan kad gambar bagi mengeja suku kata perkataan ataupun kad gambar untuk mengeja rangkai kata .
c) Pengubahsuaian buku teks mengikut tahap umur dan pencapaian pelajar.
Menurut Kamarudin Hj Husin ( 1989 : 32 ) , buku teks merupakan bahan pembelajaran yang sangat penting untuk pelajar - pelajar dan ia menjadi sumber rujukan utama bagi membantu guru dalam proses pengajaran . Dunia semakin hari semakin maju dan banyak masalah baru yang timbul dalam masyarakat . Oleh itu , isi kandungan buku teks juga perlulah sesuai dengan keadaan semasa .
d) Menambah baik program J-Qaf dan memperkasakannya .
Program J - Qaf mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah satu langkah baik untuk memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar . J - Qaf bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada jawi , al – Quran , Bahasa Arab dan fardhu Ain . Ianya adalah satu usaha yang baik demi untuk memberi keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar . Program J - Qaf yang sedia ada hendaklah diperbaiki untuk membolehkan pelajar sekolah menengah menguasai jawi dan jawi bukan lagi menjadi halangan dalam mempelajari Pendidikan Islam .
6.0) Senario Tulisan Jawi pada zaman kegemilangan tamadun Islam.
Agama Islam bertanggungjawab memperkenalkan tulisan jawi . Hal ini merupakan satu sumbangan yang besar kepada Alam Melayu kerana sebelum ini , mereka bukan sahaja buta huruf , tetapi juga tidak mempunyai tulisan . Tulisan yang diperkenalkan oleh Islam di rantau ini dikenali dengan tulisan Jawi . Pada keseluruhannya , tulisan jawi merupakan tulisan abjad Arab cuma ditambah empat huruf iaitu “nya”, “ga” , “nga” dan “ca” untuk memenuhi keperluan sebutan bahasa Melayu .
Melalui tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi atau tulisan Melayu itulah berkembangnya tradisi persuratan Melayu yang meliputi genre dan bidang sastera , kitab , sastera rakyat , sastera hikayat , sastera epik , undang-undang dan ketatanegaraan , risalah dan khutbah , prosa dan puisi , klasik dan moden . Demikianlah besarnya jasa tulisan Jawi dalam merakamkan dan mengabdikan khazanah keintelektualan umat Melayu selama beberapa dekad yang lalu .
Sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu daerah pemakaian tulisan jawi adalah seluas wilayah yang diliputi oleh bahasa Melayu, iaitu seluruh Alam Melayu . Bahasa Melayu dan tulisan Jawi tidak hanya digunakan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu , tetapi digunakan dengan meluas di Patani , Riau , Aceh , Jambi dan di kepulauan Jawa sehingga ke Campa di Indo-China .
Malah jangkauan bahasa Melayu bertulisan jawi pernah mencecah benua Eropah melalui surat - menyurat di antara raja-raja rantau Melayu dengan rakan sejawatan mereka di benua Eropah . Disamping itu , ia digunakan untuk menulis dokumen-dokumen seperti surat izin pedagangan dan perjanjian dengan bangsa - bangsa Eropah .
Selain itu tulisan jawi juga digunakan dalam penulisan naskhah-naskhah berbahasa daerah seperti Jawa , Sunda , Aceh , Minang, Bugis dan sebagainya . Tulisan jawi banyak digunakan dalam karya-karya yang bersifat keislaman sama ada karya asli atau terjemahan contohnya Ihya Ulumudin , Hikam dan lain-lainnya .
Tulisan jawi mempunyai nilai estetik yang cukup mengharukan para peminatnya, terutama apabila ia ditulis dalam bentuk karya seni khat atau kaligrafi . Seni khat yang memadukan ayat-ayat al - Quran banyak menghiasi minbar-minbar dan dinding masjid di Alam Melayu. Seni Khat dalam pelbagai jenis tulisan jawi nasakh , riqaah , thuluth , kufi dan sebagainya merupakan sebahagian daripada tradisional orang Melayu , sejenis khat kudus yang membawa makna dan mesej kerohanian dan keintelektualan yang mendalam. Khat yang tertua sampai di Malaysia iaitu Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702H/1303M . Ini beerti khat telah dijadikan sebagai alat perhubungan dan pendidikan di Malaysia selepas 671 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W .
Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam di seluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan di atas duit syiling . Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1455-1459) dan Sultan Abdul Jalil Syah ( 1632-1677) wang emas diukir dengan khat . Selain itu, cokmor, cop mohor , pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri-negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat-ayat al-Quran . Seni khat juga diabdikan di atas tenunan songket dan hiasan . Ayat-ayat al-Quran ditenun di atas kain songket untuk memperolehi perlindungan daripada Allah S . W . T .
Demikianlah mantapnya peranan tulisan dan status tulisan jawi sebagai tulisan Melayu - Islam . Selama tujuh abad ianya digunakan dengan cukup berkesan dan berjaya sebagai wahana pembangunan tamadun intelektual Melayu-Islam , di samping sebagai kekuatan pengikat kesatuan budaya di kepulauan Melayu dan sebagai unsur pemantapan jati diri keislaman budaya Melayu .
7.0) Senario Jawi pada era millenium.
Sejak memasuki era millennium tulisan jawi menghadapi cabaran yang amat sukar . Tulisan in tidak lagi digunakan secara meluas . Tidak banyak buku yang dicetak dalam tulisan jawi dan jika diterbitkan kurang mendapat sambutan. Hal ini mungkin berpunca daripada persepsi masyarakat sekarang yang menganggap kononnya tulisan jawi bukan tulisan yang melambangkan kemajuan, bahkan dikatakan tulisan jawi adalah tulisan yang hanya dibaca oleh orang-orang “ lama “ sahaja .
Dekad – dekad terakhir ini tulisan jawi sukar untuk mendapat tempat di hati masyarakat hinggakan sampai ke peringkat “nazak” apabila pada 26 Januari 2006 lepas penerbitan akhbar tunggal jawi di Malaysia , Utusan Melayu diberhentikan. Untuk 20 tahun kebelakangan ini terbitannya hanya untuk memenuhi syarat sahaja. Semua ini mungkin berpunca daripada perhatian yang kurang diberikan terhadap kepentingan tulisan jawi di kalangan generasi muda yang menjadikan tulisan itu semakin pupus ditelan zaman .
Tulisan jawi adalah pusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah Melayu selama 600 tahun akan tetapi masyarakat Melayu tidak dapat mempertahankan khazanah Melayu yang menjadi keagungan pada suatu masa dahulu . Mungkin benar apa yang dikatakan “ tulisan jawi lahir zaman papa mati zaman kaya ” .
8.0) Kesimpulan.
Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan jawi . Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorakan ketuanan Melayu di zaman pra – kemerdekaan . Tulisan ini mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan Negara , di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam . Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan .
Sikap masyarakat yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata untuk unsur - unsur keagamaan perlu dihapuskan sedangkan pada masa dahulu in digunakan oleh semua kaum sehingga kini masih terdapat kaum Cina dan India yang berkemahiran membaca dan menulis dalam tulisan Jawi . Hal ini dibukti melalui pengalaman yang dimiliki oleh V. Kamala Devi , berbangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi .
Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam . Ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi . Pelajar diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari al - Quran dengan lancar . Sistem ejaan Jawi terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengajaran suku kata . Oleh sebab itu , sistem ejaan Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran .
Secara tegasnya semua pihak hendaklah memainkan peranan dan mengambil langkah yang drastik untuk menghidupkan semula tulisan Jawi . Sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan persepsi yang positif terhadap tulisan Jawi sebagai seni yang luhur dalam masyarakat Melayu dan mempunyai rasa tanggungjawab agar terus dipertahankan dan terakam dalam sistem pendidikan Negara tanpa perlu mengabaikan kepentingan tulisan Jawi .
Sebagai masyarakat pendidik , guru-guru Pendidikan Islam semestinya memainkan peranan bagi mendidik pelajar supaya dapat menguasai tulisan jawi dan bacaanya . Guru - guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari Pendidikan Islam . Untuk kembali kepada kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil pada peringkat menengah akan tetapi kemahiran tersebut perlu diperkemaskan semasa berada di peringkat rendah lagi .
Bibliografi
1) http://www.usm.my/educatian/publication/JPP(161-172) pdf.
2).Mansor Fadzil Dr. Prof Madya, Prinsip Teknologi Pengajaran, 2003, Shah Alam:
Malindo Printers Sdn. Bhd.
3). Mustafa Hj Daud,1993,Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Sumber Sdn. Bhd.
4) Siddiq Fadzil Dr Prof Madya,Olahan oleh: Marzulina Omar , Kemelut Tulisan Sinar Rohani, 2006/1426H Bil: 35
Comments
1. Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = 17 bentuk yang manis + tari-menari.
http://typophile.com/node/76305
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.