Jenis Ujian dan Penilaian
JENIS UJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 3 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN PENGENALAN Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya, melapor dan menjalankan tindakan susulan, seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka. Bab ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedah pengukuran yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan, khususnya berkait de
Comments