SGDF 4012 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA,

SUBJEK : SGDF 4012 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. 

 UNIT 2 PENUBUHAN KERAJAAN-KERAJAAN AWAL 

PEMBUKA MINDA SOALAN 1 


 1) Berikan diskripsi yang ringkas mengenai kerajaan awal yang berikut : 

 A) Funan Kerajaan 
Funan merupakan sebuah kerajaan Melayu yang tertua di Senenanjung Indochina.Kerajaan ini bermula pada awal pertengahan masihi. Pusat pentadbirannya terletak di hiliran sungai dan di delta sungai Mekong dan sebahagian besar Lembah Menam dan sebahagian besarnya ke utara Senanjung Tanah Melayu. Menurut sejarah China, ibu kota adalah sebuah pelabuhan yang terkenal dengan nama Oc-Eo. Ianya terletak di delta sungai Mekong. Pembinaan pelabuhan ini, bertiangkan saluran air yang luasnya 200 km dan dikatakan dibina oleh jurubina yang terkenal pada zaman itu Kegiatan ekonominya bersumberkan perdagangan antarabangsa , ini dapat dibuktikan dengan penemuan artifak yang pelbagai oleh para arkelogi. Melalui penemuan tersebut menunjukkan kerajaan Funan adalah bersifat Kosmopolitan. Corak ekonominya adalah berasaskan pertanian iaitu bercucuk tanam secara primitif. Kebanyakan penduduknya terdiri dari golongan petani. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam membuat ukiran. Ini jelas dapat dibuktkan melalui peralatan memasakan mereka yang diperbuat dari perak. Dari segi peradaban pendidikan mereka menggunakan penulisan yang seakan akan tulisan orang India. Dari segi hubungan diplomatic, kerajaan Funan menjalinkan hubungan dengan negeri China. Ini dapat dibuktinya, melalui sumber-sumber China ada menyebut bahawa beberapa utusan telah dihantar oleh pemerintah Funan seperti Jayavarman. Corak pemerintahan berasaskan raja . Raja mempunyai kuasa tertinggi dalam pemerintahanya. Mereka menggelarkan pemerintah mereka dengan gelaran “Raja Gunung” yang membawa maksud raja tertinggi darjatnya. Kedudukan bandar mereka dipagari oleh tembok-tembok dan di dalamnya terdiri dari istana. Kegemilangan kerajaan Funan berakhir setelah Negara itu telah diserang oleh Chen-la. Walau bagaimana pun, kerajaan Funan adalah sebuah kerajaan besar Melayu yang pertama dalam sejarah Asia Tenggara. 

 b) Kataha (Kedah Tua) 
 Kataha atau Kedah Tua sebuah kerajaan awal yang wujud dan ditubuhkaan di negeri-negeri Melayu. Ianya berpusat di lembah Bujang. Kerajaan ini ditubuhkan pada abad ke - 6 sehingga abad ke-13. Ianya merupakan sebuah kerajaan yang merdeka pada awal penubuhannya. Akan tetapi pada akhir abad ke-7, Kedah Tua menjadi sebahagian daripada empayar Srivijaya. Pada tahun 1025 kerajaan Kataha telah diserang oleh kerajaan Chola. Serangan ke atas kerajaan Kedah Tua bertujuan untuk menghapuskan kuasa monopoli kerajaan Srivijaya di Senenanjung Tanah Melayu. Kerajaan Kataha adalah sebuah kerajaan bercorak maritim yang menjalankan kegiatan ekport melalui jalan laut , di mana ini dapat dibuktikan dengan penemuan artifak dari Lembah Bujang. Sejarah juga membuktikan kerajaan Kataha memiliki sebuah pelabuhan enterport pada abad ke 9 hingga abad ke-13. Bukti ini dapat dikukuhkan lagi dengan penemuan serpihan tembikar dan manik-manik dari negara China, Asia Barat dan India. Kerajaan Kataha juga telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri China berdasar penenuan artifak dari kerajaan Tang dan Sung. Ini membuktikan kerajaan Kataha pada zaman kegemilangan adalah sebuah kerajaan yang maju dan bertamadun pada ketika itu. Mengikut sejarah, kerajaan Kataha adalah sebuah kerajaan Islam . Ini dapat dibuktikan dengan penemuan Minye tujuh di Acheh (781-1380 M). Pada zaman pemerintahannya agama islam disebarkan keseluruhan rantau Nusantara. Karajaan Kataha menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi, bahasa pemerintahan, bahasa kebudayaan, kesusateraan dan perdagangan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mereka . Ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu bersurat seperti Kedukan Bukit, Talang Tawo, Kota Kapur dan Karang Brahi. Kerajaan Kataha mulai mengalami kemerosotan setelah diserang oleh kerajaan Chola yang berpusat di India dan persaingan dengan kerajaan Jawa. Setelah itu, muncul pula kerajaan Melaka yang diperintah oleh Parameswara . Beliau telah membawa kegemilamgan kepada Tanah Melayu dan juga Asia Tenggara. 



 UNIT 3 SEJARAH PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU 


PEMBUKA MINDA 

2) Berikan sebab –sebab utama penjajahan Barat datang ke Timur. 

 Antara sebab-sebab utama kenapa Negara Barat ingin menguasai Negara-negara di sebelah timur ialah: 1) Kepulauan Tanah Melayu terkenal dengan keamanan dan kemakmuran serta kaya dengan hasil mahsul bumi sehingga Negara Barat menggelarkan dengan gelaran “laluan sutera” . 
 2) Tambahan pula, negeri Melaka adalah sebuah negeri yang berkedudukan strategik untuk perdagangan di Asia Tenggara. Negeri Melaka juga terkenal dengan sebuah negeri pelabuhan yang aman dan bebas dari ancaman lanun. 
 3) Kerajaan Belanda juga telah menjalankan ekspidisi ke kepulauan Melayu pada tahun 1595 di bawah kepimpinan Cornelius de Houtman ke Acheh, Bantam dan Batawi. Ekspidisi ini telah memberi pulangan yang besar kepadanya. Keuntungan perniagaan dibawa balik ke Negara mereka iaitu Belanda. 4) Kempen penaklukan kawasan rempah oleh Negara Barat di kepulauan Negoba,Gale dan Ceylon. 
5) Ekoran persaingan hebat untuk merebut kawasan rempah telah menyebabkan ketegangan telah berlaku antara VOC dan EIC. Mereka mula mencari penempatan baru untuk menjalankan urusan perniagaan. 
 6) Kesannya, VOC mula mengatur langkah menguasai perdadangan rempah di Nusantara secara kekerasan, tipu muslihat dan penaklukan melalui Betawi. Akhirnya mereka dapat menguasai negeri-negeri di sebelah timur untuk tujuan perdagangan. Seterusnya dapat menguasa ekonomi di timur. 
 7) Pihak Inggeris juga ingin mengalih pusat perdadangan mereka dari Bataria ke Bangkahulu sehingga tahun 1824.
Maka pada tahun tersebut , termenterailah perjanjian Inggeris – Belanda dengan membahagikan “ sphere of influence kedua-dua pihak. Akibatnya Melaka telah diserahkan kepada Inggeris dan sebagai gantinya Inggeris menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda. Kesimpulannya, faktor utama penjajahan kuasa Barat ke negeri-negeri sebelah Timur adalah disebabkan oleh negeri –negeri sebelah Timur kaya dengan hasil mahsul pertanian seperti rempah, pala dan cengkih. Tambahan pula , negeri Melaka terkenal dengan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan di Asia Tenggara. 



 UNIT 5 SISTEM PENDIDIKAN DI TANAH MELAYU 1789-1941 
 

 PEMBUKA MINDA  

3) Berikan beberapa definisi Pendidikan. 

 Pendidikan ialah proses dan aktiviti yang membawa perubahan kepada individu mengikut nilai dan norma sesebuah masyarakat. Pendidikan mempunyai skop yang luas dalam kehidupan manusia. Ianya berbentuk sepanjang hayat tanpa melalui tempoh tertentu. Ianya juga diwarisi oleh generasi ke generasi. Definisi pendidikan dari sudut etimologi, pendidikan adalah berasal dari perkataan latin iaitu educere dan educare yang membawa maksud memdidik, mengasuh, memelihara, membimbing ataupun latihan. Pendidikan berbentuk educere adalah sepanjang hayat, manakala educare adalah terhad kepada masa atau tempoh tertentu. Pendidikan mengikut ahli falsafah mempunyai beberapa definisi, antaranya ialah: a) Mengikut tafsiran Pluto pula, pendidikan memberi maksud satu proses mengenali kemanpuan semulajadi manusia ataupun indidvidu dan mendidiknya supaya menjadi warganegara yang berguna terhadap masyarakat dan Negara.  
b) Scoretas pula mentaarifkan pendidikan adalah sebagai usaha untuk merangsang minda yang rasional untuk mendisiplinkan mental bagi meningkatkan pengentahuan dan mendapatkan pengetahuan. 
c) John Locke berpendapat pendidikan berlaku melalui kederiaan dan pemikiran yang reflektif. Mengikutnya,kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu dengan menjalinkan idea yang diperolehi dengan menggunakan pancaindera. Baginya pendidikan hendaklah juga membentuk pemikiran waras melalui badan yang sihat. Padanya pendidikan terhasil apabila kanak-kanak boleh menguasai ilmu melalui tubuh badan yang sihat. 
d) Jean Jacques Rausseau mengatakan pendidikan hendaklah disesuaikan dengan sifat semulajadi dan keperluan individu dengan menekankan kepada beberapa factor iaitu fizikal,sosial dan mental kanak-kanak. 
e) John Dewey pula mentarifkan pendidikan adalah kerja mengatur pengetahuan untuk menolong dan mengeluarkan serta menambahkan lagi pengetahuan semula jadi agar dengan pendidikan itu seseoarang itu dapat hidup dengan lebih semangat, berguna dan bertambah tinggi lagi darjatnya. Beliau juga mendefinisikan pendidikan ialah sebagai satu aktiviti social.Pada beliau sekolah perlu menjalinkan hubungan yang rapat dengan masyarakat bagi memudahkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling dan meneruskan proses sosialisasi, kanak-kanak juga dapat menghadapi masaalah kendiri dan social melalui pemikiran. 
 Kesimpulannya, untuk mendapatkan definisi secara tetap adalah terlalu sukar. Pentaarifan banyak bergantung kepada keadaan kaum, masyarakat dan norma hidup masyarakat setempat. Pendapat dan pandangan pemikir adalah berbeza dan memberi kesan serta pengaruh mengikut zaman masing-masing 



 UNIT 8 PENDIDIKAN PASCA KEMERDEKAAN KBSR. 

PEMBUKA MINDA 

 2) Huraikan reformasi-reformasi pendidikan berikut 

1) Kepentingan prasekolah. 1.1) Sejarah penubuhannya. Pendidikan prasekolah mula diperkenalkan oleh kerajaan British pada awal 1950-an lagi. Penubuhannya difokuskan kepada anak-anak golongan pertengahan dan golongan berpendapatan tinggi. Awal tahun 70-an, kerajaan mula memperkembangkan sisitem pendidikan prasekolahan . Beberapa agensi kerajaan mula memainkan peranan dalam penubuhannya antaranya FELDA dan KEMAS ( Kemajuan Masyarakat). Kedua-dua agensi ini mula menubuhkan pusat-pusat tadika di kawasan luar Bandar. Sehingga kini pengolaan prasekolah di Malaysia selain daripada di bawah anjuran kementerian Pendidikan adalah di bawah anjuran badan-badan swasta, sukarela dan individu. Terdapat jug ataman prasekolah di bawah anjuran badan politik. Program yang disediakan , matlamat , kurikulum dan program latihan ada yang sama dan ada yang berlainan mengikut agensi kelolaan masing-masing. ( Kamarudin Sulaiman , 1996) 

 2) Kepentingan Prasekolah. Antara kepentingan penubuhan prasekolah di Malaysia ialah: 
a) Pendidikan prasekolah dapat membantu ibubapa yang tidak berkemanpuan berpeluang menghantar anak-anak mereka belajar ke sekolah yang dikelolakan oleh agensi kerajaan. 
b) Pendidikan prasekolah memberi kesediaan untuk kanak-kanak bersedia untuk meneruskan kesinambungan pendidikan ke sekolah rendah apabila mereka berumur 7 tahun.Perkembagan kanak-kanak di peringkat permulaan proses pendidikan amat penting untuk mereka menghadapi kehidupan seterusnya 
c) Pendidikan awal penting untuk pembentukan sahsiah dan kreativiti seseorang kanak-kanak.Pada tahap awal pendidikan kanak-kanak mudah mempelajari apa yang ada disekeliling mereka. 
d) Kanak-kanak juga dapat memeperkembangkan bakat semulajadi mereka melalui kegiatan aktiviti seharian mereka melalui program belajar sambil bermain.Program ini boleh meransang perasaan ingin tahu, mengukuhkan perasaan ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan motor halus kanak-kanak kesannya boleh menguatkan daya kreativiti anaak-anak. 
e) Pendiddikan prasekolah juga dapat memupuk semangat berdikari, dimana kanak-kanak diajar berdikari.Sikap ini amat baik untuk memupuk sikap berani di kalangan mereka apabila mereka memasuki alam persekolahan nanti. Ini kerana , masyarakat kita kini berada dalam globalisasi Kesimpulannya, pendidikan prasekolah ialah pendidikan awal sebelum memasukki alam persekolahan. Pendidikan prasekolah amat penting bagi perkembangan hidup individu selepas pendidikan di rumah. Pendidikan prasekolah mempunyai banyak kepentingan ke atas pembentukkan minda dan kecerdasan seseorang kanak-kanak dalam membina mentaliti dan kekuatan fizikal mereka. 

 b) Kebaikan Sistem Sijil Terbuka SPM ialah sijil Pelajaran Malaysia. Ia merupakan peperiksaan Kebangsaan yang utama yang ditadbir secara berpusat dengan eleman penilaian kerja kursus yang ditadbir oleh sekolah dan diambil di akhir peperiksaan sekolah menengah.Ia adalah terbuka kepada pelajar yang telah menamatkan sekolah menengah atau yang telah menghabiskan lima tahun pendidikan menengah atau sekurang-kurangnya telah menghabiskan dua tahun sekolah menengah selepas PMR. Ia digunakan untuk kemasukan ke Institusi pengajian Tinggi berdasarkan pencapaian kombinasi matapelajaran dalam SPM yang sesuai dengan kursus yang hendak diikuti. Ia digunakan untuk kelayakan mendapatkan biasiswa dan untuk tujuan pekerjaan. Antara kebaikan Sijil Terbuka yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah SPM menawarkan lebih banyak matapelajaran selain daripada matapelajaran teras dan akademik. Sijil Terbuka juga menawarkan matapelajaran mengikut bidang iaitu bidang agama, vakisional, teknikal dan teknologi. SPM mengikut sijil terbuka menggalakan calon calon SPM mengambil banyak matapelajaran mengikut pilihan calon itu tersendiri. Sistem sijil terbuka juga hanya memerlukan calon lulus Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil. Sijil Terbuka juga ditawarkan kepada sesiapa sahaja tanpa menghadkan umur. Ini adalah satu peluang yang baik kepada semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Pelajar juga boleh mengambil subjek mengikut kemanpuan mereka.Sijil Terbuka juga melihat kepada pemdemokrasian penduduk dimana rakyat bebas mengambil subjek mengikut minat mereka. Ianya telah melahirkan pelajar yang pintar contohnya Amalina mendapat 16 A dan Nik Nurmadihah mendapat 19 A1,1A2. Walau bagaimanapun, sistem pensijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diguna pakai ketika ini dianggap longgar kerana hanya memerlukan pelajar calon yang lulus Bahasa Melayu untuk membolehkan mereka mendapat sijil penuh. Dari satu sudut , sesetengah pelajar mungkin tidak bersungguh –sungguh kerana mereka tahu hanya perlu lulus Bahasa Melayu sahaja. 

 c) Kesulitan sekolah satu sesi. Penlaksanaan sekolah satu sesi adalah bertujuan mengurangkan kesesakan di sekolah khususnya di kawasan kritikal dan membolehkan sekolah –sekolah tersebut beroprasi dalam satu bidang sahaja.Projek ini juga membolehkan perlaksanaan kurikulum dengan lebih berkesan, membolehkan kegiatan kokurikulum yang lebih giat, cekap dan berkesan serta menggalakkan interaksi antara pelajar pelbagai peringkat umur. Antara kesulitan sekolah satu sesi ialah : 
1) Perlaksanaan sekolah satu sesi memerlukan kemudahan fizikal yang banyak samada pembentukan sekolah baru ataupun penambahan bilik darjah di sekolah yang sedia ada. 
2) Ianya juga memerlukan keperluan fizikal yang lain serta makmal sains, bengkel, bilik guru, padang, tandas dan kantin. Kesemua ini memerlukan peruntukan yang banyak dari pihak kerajaan. Kerajaan perlu mengeluarkan banyak modal untuk memenuhi keperluan tersebut 
3) Kerajaan juga memerlukan peruntukan tambahan untuk menjayakan program ini. 
4) Kebanyakan sekolah belum bersedia mengadakan jadual pembelajaran lanjut persekolahan dari pagi hingga petang kerana sekolah belum bersedia dari segi kemudahan prasarana. Ekoran itu, kerajaan telah menghentikan kajian bagi melaksanakan sekolah satu sesi disebabkan halangan-halangan tersebut. 




 UNIT 13 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 


PEMBUKA MINDA 

2) Apakah tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 Sebelum kita mengetahui tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan memdalam terlebih dahulu kita melihat apakah yang dimaksudkan dengan falsafah pendididkan . Falsafah pendidikan merupakan sebahagian dari disiplin pendidikan dalam ertikata ianya terlibat dengan tujuan-tujuan, bentuk-bentuk, kaedah-keadah atau hasil- hasil dari proses mendidik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea- rah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan teknologi, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilihat dari pelbagai aspek iaitu: 

a) Intelek iaitu dapat menerima pengetahuan yang berguna, berkeupayaan menyelesaikan masaalah, menakul, berkomunikasi dan berintraksi dengan baik.
 b) Rohani iaitu memperkukuhkan lagi kepercayaan beragama, peka terhadap nilai dalam masyarakat, membentuk perlakuan dan nilai murni masyarakat Malaysia. 
c) Emosi iaitu memahami perasaan orang lain, memperkembangan keupayaan merekacipta dan menjadi kreatif, berfikiran positif dan memupuk semangat kewarganegaraan. 
d) Jasmani iaitu memelihara kecergasan fizikal dan kesihatan, bersedia dan dapat menjalankan amalan praktik dan memperolehi asas kemahiran. 
e) Insan yang seimbang ertinya insane yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan,berakhlak mulia yang mempunyai kepercayaan dan keyakinan teguh kepada tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, fizikal yang sihat, cerdas dan dapat bekerjasama dengan orang lain. Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal secara rapi oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan- keperluan agama, individu, masyarakat dan Negara. 



 TAJUK : PENDIDIKAN ZAMAN TRADISI SPARTA 

1) MATLAMAT PENDIDIKAN - Melatih rakyat menjadi tentera - Melahirkan peminpin tentera - Mengikut Prof Abd.Aziz (1968:33) Tujuan pendidikan di Sparta melahirkan lelaki yang kuat jasmani dalam peperangan dan fasih dalam perbicaraannya dimajlis. 

 2) KURIKULUM & KAEDAH. - Latih tubi, menghafal, membaca semula Prkt sek.rendah. - Nyayian patriotic - Taktik peperangan - Kuliah, perbincagan, dialog di sek. Menengah. - Pelajar berumur 7-20 thn. 

3) TENAGA PENGAJAR -Guru persendirian - guru sekolah -glgn. Sophists - pengajar tentera -ahli falsafah 

4) TOKOH PEMIKIR - Scoretes 469-399 SM - Plato 427-347 SM - Aristotle 384-322 SM 


                                                   ZAMAN TRADISI ATHEN 

1)MATLAMAT - Mempersiapkan individu menjadi manusia yang utuh. -The Excellence of man as a man. -manpu berdikari, harmonis dlm tingkah laku - seimbang antara kekuatan jasmani dan rohani - baik akhlak dari segi perbuatan &percakapan. - memupuk ciri2 rakyat yang bertanggungjawab kpd Negara.  

2) KURIKULUM - membaca, menulis, matematik , drama, muzik, sastera dan puisi. - Pelajar berumur 7-20 thn. 


 TAJUK : KONSEP EDUCERE DAN EDUCARE


EDUCERE 
1) MATLAMAT - Fokus kpd akliah/intelek - Fokus kpd pembinaan fikiran bijak & rasional - Fokus kpd pembinaan jiwa manusia yg harmoni. 

 2) KONSEP - Melahirkan keupayaaan diri /” to lead” out - membina manusia mempunyai tahap diri sedar ttg : Kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk lain, -kewujudan alam lain -kewujudan maha pencipta. 

 3) CIRI2 -Pembelajaran tdk berakhir- pembelajaran utk pembelajaran - Pembelajaran utk menambahkan ilmu & kebijaksaan. - Bukan bersifat instrumental dan matlamat implinsit- peddkn sbg kehidupan. - Peddkn fokus kpd pengukuhan akliah, keperibadian sbg manusia. - Hasil didikan tdk dpt dilihat secara eksplisit- proses didikan terlalu pjg, tiada btsan/ sempadan - Bersifat normative, lebih ideal dan menyeluruh ttg manusia terdidik. -Pendidikan adalah kehidupan bukan utk kehidupan. 


 EDUCARE 
1) MATLAMAT - Fokus kpd gerak laku pembuat - Fokus kpd kemahiran motor / gerakan untuk melakukan sst kerja. 

2) KONSEP - Bermaksud “to train” mengikut keperluan hidup. - manusia sebg tin kosong perlu diisi dgn pengetahuan sama ada revelen / tidak - Pembelajaran atas alasan tertentu/ kepentingan. 

 3) CIRI2 -Proses pembelajaran berakhir bila matlmt kemahiran dicapai. - Bersifat instrumental –peddkn utk keperluan cth keperluan ekonomi, social, politik. - Mesti releven pragmatic utk survival dlm masyarakat. - Pddkn fokus kpd fungsi dan masyarakat berfungsi. - Hasil didikan dpt dilihat dan diberi nilai,- proses terbatas kpd masa dan tempat cth maktab, sek, university. - Bersifat tidak normative – krn terpengaruh dengan aspek social & keperluan. - manusia berperanan dalam masyarakat. 



 TAJUK: FALSAFAH , KONSEP & CABANG. 

 1) DEFINISI FALSAFAH 
- Berasal dari dua perkataan YUNANI iaitu philos ( mencintai ) dan Sophia ( kebijaksaan ) - Falsafah : perihal mencintai kebijaksanaan. - Falsafah ialah sesuatu penyiasatan yg komprehensif dan logokal mengenai asas pemikiran atas semua aktiviti manusia khususnya dalam bidang sains, seni, agama dan penddkn. 

 2) CABANG FALSAFAH METAFIZIK 
Ada 2 bidang iaitu: antologi dan kosmologi Kajian ttg sifat dan asal usul reality Mempersoalkan ketuhanan EPISTEMOLOGI Mengkaji ilmu p’tahuan Ada 6 bahagian iaitu: -ekuiri saintifik -intusi Perasaan Induksi Logic -deduktif logik AKSIOLOGI -Kajian terhadap nilai Ada 2 bhgian iaitu: Etika : nilai murni,moral tingkah laku. -Estetika : mengenai ke-cantikan dan seni LOGIK -Penakulan sah -mencari kaedah Sah. 


 KEPENTINGAN FALSAFAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN 

1) DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN. 
A) Falsafah Pendidikan : disiplin pendidikan.ertinya ia terlibat dgn tujuan, kaedah atau hasil dr proses mendidik. 
B) Falsafah pendidikan : pedoman, arah tuju atau pandangan terhdp perkara yg berkaitan pendidikan . 

 2) KEPENTINGAN FALSAFAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN 
1) Memberi petunjukan dan panduan kepada rancangan peddkn. 
2) Menolong guru dlm usaha membuat penilaian yg berkaitan dgn usaha dijlnkan dlm system pendidikan. 
3) Menggalakkan pengkajian dan penyelidikan dlm bdg peddkn. 
4) Dapat meneyeleseikan masalah pdkkn mengikut keadaan, masa & tmpt.
 5)Mendrg kerjasama antr pembentuk dasar ,pentadbir dan pendidik. 
6) Falsafah mejelaskan bagaimana kptgn matlamat dan objektif dalam system penddkn. 
7) membantu guru disiplin dlm mengatasi masaalah disiplin dgn menggunakan teori2 Perkembangan agar tindakan yang diambil adil, saksama,serta setimpal dengan hukuman. 
8) Dapat meneyelesaikan masaalah pddkn mengikut tempat, masa . 
9) Falsafah dpt membantu pentadbir dlm merangka program utk manfaat pelajar cth,kemcemerlangan dsbnya 


 SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH. 

British menguasai TM selepas Jepun menyerah kalah.Tujuan ialah konsep 3G iaitu Gospel, Gold dan Glory.British kembali selepas pembentukan MU pd thn 1946. - Bristh memperkenalkan polisi pendidikan –Chesman sbg dasar. W/bagaimanapun tdk tercapai sbb kemusnahan pada zmn jepun. - Pd thn 1949, tubuh jwtnkuasa penasihat peljrn –cdgn Holegate mecdgn spya cdgn CHEESMAN diterima sbg polisi pdkn.Akhirnya ditolak sbgi bantahan keatas penggunaan BI sbg Bhs Pengantar utama didlm persekutuan. - Pd thn 1951, Jwtn kuasa BARNES –cdg rombak semula system pdkkn –Tbuh 2 jenis sekolah SKM & SK Inggeris. Bhs Cina dan Tamil sbg m/pel pilihan.Orang cina bantah . Sebuah jwtnkuasa baru ditubuhkan telah mengemukakan LAPORAN FENN-WU. FW Bhs Cina dikekalkan. Peljr –belajar 3 bhs CINA/MELAYU/INGGERIS. - Olh sbb berlaku perselisihan atr 2 laporan – satu jwtnkuasa khas ditubuhkan utk selaraskan cadangan dua laporan iaitu BANNER DAN FENN-WU - Akhirnya terima Laporan BARNES alsan perpaduan rakyat – rakyat berbilang kaum. - Kemudian lulus –ORDINAN PELAJARAN 1952.-ttpi tdk dilaksanakan kerana kurang kewangan. - Pd thn 1956, LAPORAN RAZAK diumunkan- Bhs MELAYU sbg bhs pengantar dan iktiraf Bhs Cina, Bhs Tamil dan BI sebagai pengantar disekolah rendah. - Pd thn, 1946-1957, adakan latihan keguruan –keperluan sekolah. Maktab Sultan Idris & Maktab perguruan Perempuan Melaka.Kerajaan pimjan Maktab Kirby dan Brainford Lodge diBritain dan Maktab Perguruan Kota Bharu (1954) utk melatih guru sek men. Rendah. 




TAJUK : ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) BERASAKAN EPISTEMOLOGI.


 Falsafah pendidikan mempersoalkan prinsip realiti, ilmu, dan nilai. - Kajian falsafah pendidikan merangkumi tiga cbg utama iaitu metafizik, epistemologi dan aksiologi. - Misalnya , C0nfucius menitik beratkan penguasaan ilmu pengetahuan- amalan utk manfaat rakyat . Beliau berpendapat bahawa: MELIHAT LEBIH BAIK DARI MENDENGAR, MENGETAHUI LEBIH DRPD MELIHAT ; MENEGETAHUI TDK MENGAMALKAN TIDAK SEMPURNA. -Berdsrkn perbincangan tersebut, ilmu dan amal berkait rapat , berilmu tdk beramal adalah tdk berguna. - Dgn kata lain, dengan ilmu manusia faham diri, alam sekitar, memartabatkan diri dan melaksanakan tggjwb dengan sempurna demi kebahagiaan dan kesejahteraan bangsa dan Negara. - FPK matlamt melahirkan rakyat mlaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beralkhlak mulia, bertanggungjwb dan berkeupayaan mencapai kesejateraan diri dan memberi sumbangan terhdp masykt dan kemakmuran Negara. - KBSR & KBSM dirancang berlandaskan FPK supaya kanak-kanak dididik untuk memperolehi ilmu pengetahuan, mengamalkan utk dirinya serta member sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

Comments

Popular Posts

Jenis Ujian dan Penilaian

PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.

Kertas Kerja Panitia Agama Islam

Ulasan Jurnal PEMIMPIN PENGAJAR YANG BERKESAN

Ulasan Jurnal 3 (PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM)