Laporan Kertas Kerja

TEACHING ARABIC AS A SECOND LANGUAGE: AN

EVALUATION OF KEY WORD METHOD EFFECTIVENESS

MUHAMADUL BAKIR HJ. YAAKUB

Department of Arabic Language and Literature, International Islamic University Malaysia, 50728 Kuala

Lumpur, Malaysia.

mbakir@iiu.edu.my; mbyaakub@yahoo.co.uk; mbyaakub@hotmail.com

Abstract. This study aims to examine the effectiveness and the practicality of the .key word method. in teaching and learning Arabic as a foreign language within the Malaysian secondary school curriculum. The method is designed to overcome the challenges of learning Arabic, so that they become motivated in achieving their learning target and become innovative in their learning activities. The issue here is whether a learning method is really on par with its learning function, such as developing a memory learning strategy by understanding the working of the brain. The study conducted an experiment to see whether the memory learning strategy would have an impact on learners in a controlled enviroment.

Keywords: Key word method, learning Arabic, challenges and difficulties, learning strategy, experimental evaluation

Abstrak. Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan dan kesesuaian .kaedah kata kunci. untuk diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing dalam sukatan pelajaran sekolah menengah di Malaysia. Kaedah kata kunci merupakan satu percubaan dalam mengatasi cabaran pembelajaran bahasa Arab, dan juga mengemukakan satu pilihan terbuka bagi mengatasi kerumitan yang dihadapi oleh para pelajar, dengan harapan ia menjadikan mereka lebih bermotivasi mengejar kejayaan dan berinovasi dalam kegiatan pembelajaran. Persoalan utama di sini adalah sama ada sesuatu kaedah pembelajaran yang diguna pakai adalah sejajar dengan kepentingan pembelajaran, seperti membangunkan daya ingatan sebagai strategi, yang berfungsi sebagai pemangkin keupayaan otak untuk bergerak aktif mendorong pelajar menuju kejayaan. Untuk tujuan itu, satu uji kaji terkawal telah dijalankan bagi menilai keberkesanan strategi pembelajaran mengingat terhadap pelajar bahasa Arab.

Kata kunci: Kaedah kata kunci, pembelajaran bahasa Arab, cabaran dan kerumitan, strategi pembelajaran, penilaian uji kaji

Comments

This comment has been removed by the author.
salam ustazah,

pada pendapat saya, kaedah amat bersesuaian untuk dilaksanakan sekiranya kita ingin meningkatkan penguasaan bahasa arab dikalangan pelajar kita. ini kerana kaedah ini memudahkan pelajar mempelajari bahasa arab. ramai dikalangan pelajar menganggap bahasa arab itu susah menyebabkan mereka kurang berminat.dengan kaedah ini, mungkin mereka akan lebih berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa arab.
Assalamualaikum w.b.t
Saya amat bersetuju dengan penggunaan kaedah kata kunci dalam p&p bahasa arab.Keadah ini pada pandangan saya, akan membantu para pelajar agar lebih mudah mengingati...semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca terutama guru-guru bahasa arab..terima kasih.

Popular Posts

Jenis Ujian dan Penilaian

PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.

Kertas Kerja Panitia Agama Islam

Ulasan Jurnal PEMIMPIN PENGAJAR YANG BERKESAN

Ulasan Jurnal 3 (PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM)